2.2 JENIS PENDIDIKAN & HALA TUJU PERKEMBANGANNYA

2.2.1 HALA TUJU PENDIDIKAN ERA MASYARAKAT MELAYU TRADISIONAL

(A) Analisis hala tuju perkembangan pendidikan di Malaysia era masyarakat tradisional dari aspek pembangunan insan dan masyarakat.

 

Hala tuju perkembangan pendidikan di Malaysia semasa era masyarakat tradisional hanya berlandaskan kepada sebuah keperluan bagi melangsungkan kehidupan sahaja bagi masyarakat ketika itu. Oleh itu, terdapat beberapa aspek hala tuju pendidikan semasa era masyarakat melayu tradisional iaitu terdiri daripada aspek adat, adab dan warisan, aspek agama Islam, aspek undang-undang dan peraturan, aspek patriotisme, aspek komunikasi dan aspek masyarakat.



 

ASPEK

HURAIAN

Adat, adab & warisan

·         Merupakan salah satu bentuk pendidikan yang berkisar kepada pembelajaran secara turun temurun yang diwariskan kepada generasi yang seterusnya.

·         Berdasarkan proses pembelajaran untuk melahirkan insan yang bertanggungjawab, berkemahiran, berkebolehan dari segi teknik dan praktikal.

·         Masyarakat melayu ketika ini mementingkan nilai, budi bahasa dan adab sopan. Oleh itu, ibu bapa memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak terutamanya semasa berada di rumah.

·         Dari segi keselamatan, masyarakat melayu ketika itu juga menerapkan ilmu pertahanan diri seperti ilmu persilatan.

·         Masyarakat ketika itu juga menjalankan aktiviti ekonomi seperti memburu, bertani, bertukang dan menangkap ikan demi kelangsungan hidup.

·         Masyarakat juga berpegang kuat kepada adat resam yang mana kaum perempuan tempatnya di dapur dan menguruskan hal rumah tangga manakala kaum lelaki menjadi ketua keluarga dan berhak mendapatkan pendidikan yang lebih tinggi.

Agama Islam

·         Ibu bapa, tuan guru, lebai, tokoh agama (saudagar, pedagang  & pendakwah Islam (Timur Tengah) bergelar sayyid, sheikh dan maulana memainkan peranan dalam penyebaran islam dalam masyarakat melayu tradisional ketika itu.

·         Masyarakat ditekankan dengan pengajaran ilmu fardu ain dan fardu kifayah bersumberkan Al-Quran, Al-Hadis serta kitab-kitab dari tanah arab.

·         Perkembangan pendidikan ini dapat dibuktikan dengan penubuhan madrasah, masjid atau sekolah pondok untuk mempelajari ilmu agama dengan lebih luas.

·         Masa pembelajaran agama  dijalankan pada waktu petang  dan malam sahaja.

Undang-undang & peraturan

·         Ditubuhkan bertujuan untuk menjaga keamanan dan  keselamatan masyarakat.

·         Terbahagi kepada dua iaitu:

-          Hukum Kanun Melaka

-Perundangan ini merupakan satu kanun mengenai moraliti dan keadilan, menghormati tradisi dan struktur sistem kekeluargaan.

- mengandungi unsur melayu iaitu hukum adat dan juga hukum islam

- terkandung juga 44 fasal yang meliputi persoalan adat.

            -     Undang-undang Laut Melaka

                  -merangkumi perkara berkaitan dengan laut seperti

                   peraturan pelayaran, tatacara jual beli di atas kapal,

                   bidang kuasa nakhoda serta tanggungjawab pegawai

                   kapal. 

                  -digubal bagi menjaga keselamatan anak-anak kapal

                   dan pedagang yang berdagang dengan kapal.

Patriotisme

·         Bertujuan melahirkan rakyat yang setia dan mendaulatkan raja.

·         Masyarakat melayu telah mengamalkan nilai-nilai patriotisme iaitu semangat setia kepada raja dan pemerintah bagi mewujudkan kedaulatan, kekuatan, kestabilan dan keluasan empayar kerajaan.

Komunikasi

·         Pada ketika ini tradisi penulisan berkembang dengan giatnya hasil pengenalan tulisan jawi manakala Bahasa melayu sedang mengalami proses transformasi sebagai Bahasa ‘lingua franca’.

·         Dalam urusan pentadbiran, Bahasa melayu kerap digunakan dalam urusan rasmi, membina hubungan diplomatik, berdagang dan sebagainya sehingga diangkat sebagai Bahasa ‘lingua franca’.

Masyarakat

·         Kewujudan masyarakat majmuk semasa kesultanan melayu melaka adalah antara satu faktor kegemilangan empayar tersebut ketika itu.

·         Masyarakat  majmuk dalam kesultanan melayu melaka boleh menjadi model utama kesepaduan dalam multietnik.

·         Masyarakat melayu ketika itu terdiri dari pelbagai jenis keturunan seperti Melayu, Bugis, Jawa, Kampar, Rawa, Minang, Mandailing dan lain-lain. 

Comments

Popular posts from this blog